Kuching City memulakan kempen pusingan kedua Liga Premiernye dengan langkah bergaya selepas menewaskan Kelantan FC 3-1 di tempat sendiri petang tadi.
Dalam perlawanan itu, Kuching City tidak menunggu lama untuk mendahului apabila Alif Hassan menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-13.
Kelantan membalas melalui Cristos Inszidis, namun Kuching City sekali lagi di hadapan melalui jaringan pemain imporntnya Micheal Ijezie.
Jaringan Ijezie pada minit ke 34 itu merupakan jaringan debut pemain penyerang tersebut untuk pasukan baharunya.
Bersambung babak kedua, pemain gantian Joseph Kalang Tie memastikan Kuching City memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan terakhir perlawanan pada minit ke-57, sekaligus memberikan Kuching City kemenangan pertama pada pusingan kedua Liga Premier mereka.
Keputusan akhir di Stadium pasir Gudang, Kuching City 3 – 1 Kelantan FC.