Ketua Menteri Sarawak telah memohon Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) agar tidak bergantung dengan geran daripada kerajaan negeri sahaja.
Dalam menyatakan demikian, Ketua Menteri yang lebih mesra dipanggil ‘Abang Jo’ itu turut meminta FAS lebih aggresif di dalam mencari dana untuk persatuan mereka.
Beliau yang ditemui oleh pegawai-pegawai tertinggi Persatuan Bolasepak Sarawak turut mahu FAS ditadbir dengan lebih telus, berkesan dan profesional.
Dalam perkembangan sama, saranan pemimpin nombor satu Sarawak itu mendapat reaksi positif daripada Presiden FAS, Datu Posa Majeis yang turut memaklumkan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu juga menyokong program pembangunan bolasepak anjuran FAS di peringkat akar umbi.