Abdul Jalil Ramli bukanlah nama yang asing di dalam arena bola sepak Sarawak.
Beliau yang pernah bermain sebagai pemain tengah pasukan Sarawak FA, terkenal dengan lontaran jauh beliau.
Selian itu, beliau juga pernah menjadi Ketua Jurulatih pasukan Sarawak FA, mengambil alih dari mantan Ketua Jurulatih, Alan Vest.
Selain daripada itu, dibawah ini adalah beberapa perkara lagi yang perlu anda ketahui berkenaan lagenda bola sepak Sarawak ini.
3KETUA JURULATIH
Menurut Jalil, beliau telah diminta oleh Alan Vest dan arwah Taha Ariffin untuk bersara dan mengambil alih jawatan Ketua Jurulatih Sarawak FA. Ini menyaksikan Jalil menjadi Ketua Jurulatih Sarawak FA yang baharu pada 1999.
Walaupun Jalil meninggalkan jawatan tersebut pada tahun 2003, beliau telah kembali sebagai ketua jurulatih Sarawak FA pada 2005 lagi.
Selepas itu, nama Jalil sering dikaitkan dengan pembangunan bola sepak Sarawak dan juga telah diminta menjadi ketua jurulatih barisan Piala Presiden Sarawak FA pada tahun 2019 selepas pada awalnya dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih pasukan Sarawak FA pada tahun sama.


