Abdul Jalil Ramli bukanlah nama yang asing di dalam arena bola sepak Sarawak.
Beliau yang pernah bermain sebagai pemain tengah pasukan Sarawak FA, terkenal dengan lontaran jauh beliau.
Selian itu, beliau juga pernah menjadi Ketua Jurulatih pasukan Sarawak FA, mengambil alih dari mantan Ketua Jurulatih, Alan Vest.
Selain daripada itu, dibawah ini adalah beberapa perkara lagi yang perlu anda ketahui berkenaan lagenda bola sepak Sarawak ini.
4LONTARAN JAUH

Jalil terkenal dengan lontaran jauh beliau. Lontaran jauh yang dibuat Jalil bukan sahaja sangat jauh, tetapi ianya diibaratkan hampir seperti sepakan sudut.
Ini telah menyaksikan lontaran jauh Jalil menjadi ‘asist’ kepada beberapa gol Sarawak FA ketika era Alan Vest. Menurut Jalil, beliau telah berlatih membuat lontaran jauh sejak bermain untuk LNG Bintulu lagi.