Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini, melalui Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) akhirnya mengumumkan tarikh baru bagi semua perlawanan Piala Malaysia yang tertunda akibat jerebu yang melanda negara.
Mengikut jadual yang dikeluarkan, lima perlawanan yang terpaksa ditangguhkan ekoran jerebu adalah perlawanan Johor Darul Ta’zim II vs. Terengganu (Kumpulan A), ATM vs. Sarawak, Perak vs. Johor Darul Ta’zim (Kumpulan B), PDRM vs. Pahang dan Selangor PKNS vs. Penang (Kumpulan D).
Dalam pada itu, masa dan tarikh baharu bagi kesemua perlawanan tersebut adalah seperti di bawah:
27 Oktober (Selasa)
– JOHOR DARUL TA’ZIM II mln TERENGGANU pada jam 8.45 mlm @ Stdm Majlis Perbandaran Pasir Gudang
– PDRM mln PAHANG pada jam 8.45 mlm @ Stdm Shah Alam, Selangor
– SELANGOR PKNS FC mln PULAU PINANG pada jam 8.45 mlm @ Stdm Majlis Perbandaran Selayang
28 Oktober (Rabu)
– ATM mln SARAWAK pada jam 8.45 mlm @ Stdm Tuanku Abdul Rahman, Paroi
– PERAK mln JOHOR DARUL TA’ZIM pada jam 8.45 mlm @ Stdm Perak, Ipoh Kuning/ Hitam/ Kuning
Sarawak sebelum itu juga dijadualkan bertemu JDT pada 24 Oktober di Kuching ekoran tundaan perlawanan sebelumnya bagi memberi ruang kepada skuad JDT memberi fokus kepada Piala AFC.