Skuad bimbingan David Usop pada Sabtu ini akan bermain tanpa sokongan padu peminat Sarawak setelah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa hukuman bermain tanpa penonton seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM ini akan dijalankan hukumannya pada minggu ini ketika Sarawak menentang Perak.

Kenyataan dari pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini turut mengesahkan perkara ini sambil mereka menyatakan bahawa pihak FAM telah walaubagaimanapun bersetuju menurunkan jumlah denda yang dikenakan ke atas FAS. Jumlah penurunan denda tersebut walaubagaimanapun tidak dinyatakan kepada media.

Sarawak didenda RM80,000 dan dikehendaki bermain satu perlawanan tanpa penonton di tempat sendiri setelah penyokong skuda Bujang Senang melakukan rusuhan serta menggunakan bahan terlarang (suar dan mercun) ketika perlawanan sedang dijalankan pada penghujung tahun lepas, dan awal tahun ini.

FAM telah juga menyatakan bahawa Sarawak akan didenda dua perlawanan tanpa penonton sekiranya kejadian sama berlaku lagi pada masa hadapan.

Pihak FAS telah menyatakan sebelum ini bahawa mereka akan berusaha untuk mengurangkan hukuman tersebut dengan membuat rayuan kepada pihak FAM.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey

2 COMMENTS

Comments are closed.