Isu berkenaan pengguguran pemain import Sarawak Muamer Salibasic semakin panas apabila beberapa akhbar melaporkan perkara bercanggah berkenaan status pemain tersebut.
Menurut sebuat akhbar tempatan kelmarin, Muamer mungkin dilepaskan dari posisi beliau sebagai pemain import berikutan kecederaan beliau yang sudah hampir pasti tidak akan sembut dalam masa yang ditetapkan.
Hal ini ditambah lagi dengan kenyataan Robert Alberts, yang merupakan jurulatih Sarawak, yang dilaporkan beberapa akhbar sebelum ini, sebagai berkata beliau tidak dapat menyimpan pemain yang masih cedera kerana ianya merugikan pasukan dan pemain harus bersikap professional berkenaan pengguguran mereka.
Sungguhpun demikian, akhbar Borneo Post hari ini melaporkan bahawa pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mahu segala spekulasi berkenaan Muamer dihentikan, sambil menyifatkan bahawa Muamer adalah masih salah seorang ahli skuad Bujang Senang, dan tidak timbul isu untuk melepaskan beliau.
Hal ini dilihat sedikit bercabnggah dengan kenyataan beberapa akhbar tempatan serta Robert sendiri yang sudah berulang kali menyatakan beliau akan melepaskan Muamer sekiranya penyerang berbangsa Bosnia tersebut gagal untuk sembuh dalam masa yang ditetapkan.
Khabarnya juga, Ronald Hikspoors, seorang pemain Belanda, bakal menggantikan tempat Muamer.
PROMO: Dapatkan mafla Ngap Sayot edisi terhad yang original di www.eheartcharms.com sebelum stok kehabisan.