Isu kekurangan tiket perlawanan Sarawak FA menentang Perak FA hari ini diberi sedikit pencahayaan apabila seorang pegawai Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) memaklumkan kepada kai bahawa tiket yang dicetak khas untuk perlawanan Sarawak FA menentang Perak FA untuk Liga Super malam tadi habis dijual.
Jelas pegawai tersebut, untuk setiap perlawanan, satu jangkaan bilangan penonton akan dibuat berdasarkan prestasi semasa pasukan, dan jangkaan malam tadi adalah silap selepas lebih ramai penyokong hadir.
Tambah pegawai tersebut lagi, situasi tersebut telah diselesaikan serta merta dengan pihak FAS mengeluarkan tiket simpanan, biarpun beliau mengakui wujud sedikit masa menunggu bagi penyokong terlibat.
Dalam pada itu, pihak FAS dikatakan akan menyediakan lebih banyak tiket untuk perlawanan separuh akhir kedua diantara Sarawak FA dan Terengganu FA pada 21 April ini sambil menasihatkan peminat mendapatkan tiket awal agar tidak kecewa.
Isu kekurangan tiket digangkitkan kelmarin selepas ada peminat mendakwa tiket telah kehabisan biarpun keadaan Stadium Negeri yang agak kosong.