Home Malaysian football Isu FAS ingin tarik diri tidak menggusarkan MFL

Isu FAS ingin tarik diri tidak menggusarkan MFL

Khabar Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mahu menarik diri dari Liga Malaysia tidak menggusarkan pihak Malaysia Football League (MFL) kerana ianya bukan kedudukan rasmi FAS buat masa ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan pihaknya belum menerima sebarang surat rasmi dari FAS berkenaan langkah tersebut, jadi pihaknya tidak melihat kenyataan Posa Majais, yang juga merupakan Presiden FAS, sebagai keputusan muktamad FAS.

“Setakat ini belum ada surat rasmi daripada mereka. Di peringkat MFL, kami tidak mengambil kira sebarang kenyataan jika tiada surat rasmi daripada persatuan tersebut.”jelasnya Ab Ghani kepada Sinar Harian.

“Ia cuma kenyataan yang dibuat mungkin ketika itu ada sesuatu perkara yang menyebabkan beliau berkata begitu. Jadi, selagi tidak ada surat rasmi, kami tidak melihat ia sebagai keputusan muktamad daripada pasukan terbabit,” tambahnya lagi.

Ab Ghani juga dalam pada itu berharap sebarang pasukan, termasuk FAS, berbincang dahulu dengan pihak MFL sebelum mengeluarkan satu kenyataan seperti yang telah dibuat oleh Posa.

Ini adalah agar MFL dan persatuan tersebut boleh meneliti masalah yang dihadapi bersama.

POsa sebelum ini telah memberi bayangan bahawa FAS mungkin akan menarik diri dari Liga Malaysia pada musim hadapan susulan masalah kewangan yang semakin meruncing.

Previous articleTarik diri dari liga, bukan FAM
Next articleFAM pantau situasi di Sarawak