Iskana dakwa Posa gagal jawab soalan, cabar Posa audit akaun FAS

Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Samarahan (PBBS) Mohd Iskana Bujang kelmarin telah mendakwa bahawa Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais gagal menjawab persoalan yang diajukan pihaknya.

Persoalan yang diajukan oleh Iskana yang mewakili PBBS menyebut 21 perkara mengapa Posa harus meletak jawatan sebagai Presiden FAS.

Dalam siaran akhbar yang kami terima dan juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Borneo hari ini, Iskana berkata bahawa tindakan Posa mengkritik Mesyuarat Agung Dwitahunan PBBS 2018/2021 sebagai tidak mengikut prosedur adalah tidak berasas dan persatuan dibawah beliau itu telah didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan Negeri Sarawak tanpa masalah.

Dalam pada itu, Iskana juga mencabar Posa agar membuat audit dan siasatan akaun FAS sejak 2017 sehingga kini dengan menggunakan juruaudit bertauliah.

Iskana juga menyatakan akaun FAS semakin teruk dan perlembagaan FAS tidak ada menyatakan bahawa presiden perlu mempunyai RM3 – 5 juta sebelum dilantik.  Malahan, Iskana juga menyangkal dakwaan beliau mahu menjadi presiden FAS yang baharu dan mahu presiden FAS ditentukan mengikut perlembagaan.

Dibawah adalah antara kenyataan media yang diterima pihak kami dari wakil En Iskana.

 

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top