Irfan mahu kembalikan bola sepak Sarawak kepada asal

Penolong Ketua Jurulatih Kuching City, Sulaiman Hussin menyatakan bahawa beliau dan ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, bangga mereka dapat membawa sebuah pasukan yang rata – rata diwakili pemain kelahiran Sarawak.

Beliau yang menjawab soalan wartawan selepas perlawanan menentang pasukan simpanan Terengganu FC mengakui bahawa kedua – dua mereka ingin mengembalikan bola sepak Sarawak kepada asal.

“Kami majoriti menurunkan anak Sarawak, jadi kami bangga untuk mengembalikan kembali (pemain Sarawak).” kata Sulaiman selepas perlawanan tersebut.

“Dan coach Irfan memang mahu mengembalikan bola sepak Sarawak itu kepada asal.

“Jadi ini adalah permulaan dan kita ada banyak perlawanan lagi.” jelas Sulaiman lagi.

Kuching City sekadar seri apabila membuka kempen Liga Premier mereka malam tadi dengan pasukan dari Kuching itu kini berada di tangga ke-lapan Liga Premier dengan kelebihan satu perlawanan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top