PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti melahirkan perasaan kagum terhadap barisan pemain Kuching City.

Mengakui bahawa beliau mengidam untuk membawa kelab tersebut ke Liga Super 2022, Irfan juga mengakui bahawa hadir kelab lain yang memiliki kualiti pemain lebih baik dari dirinya.

Promosi RM1

“Saya ada memberitahu kepada pengurusan yang saya mahu bawa pasukan ini ke Liga Super walaupun rasanya nampak sedikit sukar cuma dalam bola sepak ini tiada apa yang mustahil.” kata Irfan kepada media Malaysia Football League (MFL).

“Pemain tempatan dalam pasukan ini masih merupakan yang sama membawa Kuching naik dari Liga M3 sebelum ini dan saya cukup kagum dengan semangat yang mereka pamerkan tiap kali dalam sesi latihan.” ujar Irfan lagi.

Sungguhpun demikian, Irfan tetap merasakan Kuching City mampu membuat kejutan, khususnya dengan semangat pemain yang begitu tinggi.

“Pemain-pemain senior dalam pasukan ini seperti Joseph dan Hairol sentiasa menunjukkan komitmen serta contoh yang baik kepada pemain-pemain, jadi saya yakin pasukan ini mampu pergi jauh berdasarkan semangat berpasukan yang tinggi ditunjukkan oleh semua,” katanya lagi.

Kuching City FC akan membuka tirai Liga Premier 2021 pada pusingan LP2 dengan menentang Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching pada 9 Mac.