Irfan diberi kuasa penuh pilih pemain dan jurulatih untuk Kuching City

Biarpun gagal mendapat tempat di Liga Super, kedudukan Irfan Bakti selaku ketua jurulatih Kuching City disahkan selamat.

Malah, Irfan kali ini telah diberi lebih banyak tanggungjawab bagi menentukan hala tuju dan persiapan kelab tersebut.

Menurut laporan media tempatan, pemilik kelab tersebut, Fazzrudin Abdul Rahman telah mengesahkan sendiri kedudukan Irfan, dimana pengekalan Irfan sebagai ketua jurulatih dipersetujui lembaga pengarah kelab tersebut.

Laporan media juga menyebut bahawa selain dikekalkan sebagai ketua jurulatih kelab tersebut, Irfan juga diberi kebebasan memilih pemain dan juga barisan kejurulatihan beliau untuk musim akan datang.

Dalam pada itu, laporan sama menyebut bahawa Irfan juga dikatakan telah mencadangkan beberapa pemain import tempatan dan antara bangsa.

Sesungguhnya prestasi Irfan pada tahun pertama beliau di Kuching City boleh dianggap baik memandangkan kelab itu mengakhiri musim sebagai pasukan ketiga terbaik di kalangan semua pasukan yang layak untuk dinaikkan ke Liga Super.

Pengekalan Irfan juga memberi bayangan bahawa Kuching City masih ingin mengekalkan prinsip mengutamakan pemain kelahiran Sarawak di samping membangunkan pemain muda kelahiran Sarawak.

>> PEMEGANG KUNCI KUCHING CITY

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top