Irfan Bakti umum persaraan tapi mahu letak Kuching City di Liga Super dahulu

Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Salim akan bersara pada hujung musim ini kelak.

Menurut laporan NST, Irfan, yang kini merupakan ketua jurulatih tertua di dalam Liga Malaysia pada umur 71 tahun, dan beliau bercadang untuk menamatkan kariernya bersama The Cats pada hujung musim 2022.

Laporan media berbahasa Inggeris itu juga menyebut bahawa Irfan akan menamatkan kerjayanya selama 26 sebagai jurulatih bola sepak apabila bersara kelak.

Bekas pemain tengah tersebut walaubagaimanapun berharap akan mampu membantu pasukan Kuching City melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan, sebelum pengundurannya.

“Ini merupakan tahun terakhir saya sebagai ketua jurulatih.” kata Irfan dalam laporan NST tersebut.

“Saya sudah menjadi jurulatih sejak 45 tahun.

“Saya rasa sudah tiba masanya saya berehat pada musim hadapan dan memberi peluang kepada jurulatih lain.” kata Irfan lagi.

Irfan memiliki Lesen Kejurulatihan Pro A dan pernah menjadi jurulatih di beberapa pasukan seperti Persipura Jayapura di Indonesia, Perlis, Negri Sembilan, Selangor, Telekom Melaka, Felda United dan Penang FC.

Beliau menyertai The Cats pada musim lepas dan berjaya meletakkan pasukan tersebut di tempat ke-lima Liga Premier, biarpun terpaksa bermain hampir semua perlawanan mereka di luar Kuching.

>> BELI TRAVEL JERSI KUCHING CITY

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top