Sarawak United telah mengikat Kouassi Francis Kone sebagai pemain import terbaharunya.
Penyerang tersebut dikhabarkan semakin hampir menjadi milik pasukan Kenyalang Emas selepas berjaya memikat barisan kejurulatihan kelab tersebut dengan persembahannya sepanjang bersama pasukan Negeri Sembilan.
Menurut laporan media tempatan, Penolong Jurulatih Sarawak United, Safri Amit, melihat Kone sebagai pemain yang mempunyai perwatakan tersendiri.
Kone bukan nama asing di dalam arena bola sepak Malaysia.
Penyerang dari Ivory Coast itu menjaringkan tujuh gol dari 10 perlawanannya bersama Kuala Lumpur, sebelum menjaringkan lima lagi gol apabila bersama Negeri Sembilan.
Kemasukan Kone ke Sarawak United bakal menyaksikan beliau bergandingan dengan penyerang sensasi kelab tersebut, Uche Agba, yang sudah sah akan terus kekal bersama Sarawak United pada musim hadapan.