Ian gembira dengan kemenangan, mahu lebih dari pemain import

Ketua jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan melahirkan kegembiraan beliau terhadap kemenangan pasukan Bujang Senang Jumaat lalu. Beliau berkata demikian selepas perlawanan Sarawak menentang Kuantan FA Jumaat lalu.

Menurut Ian, beliau gembira dengan jaringan dari Abdul Rahim yang beliau sifatkan sebagai sesuatu yang baik bagi pemain muda tersebut, sambil pada masa yang sama memuji persembahan Bobby Gonzales yang bertenaga dan ampuh.

Sungguhpun demikian, Ian juga merasakan pasukan Sarawak FA seharusnya menang dengan jaringan lebih besar, namun bersyukur dengan keputusan akhir memandangkan Sarawak FA terpaksa mengharungi beberapa isu dan masalah sebelum sepak mula.

Mengulas lanjut, Ian berkata bahawa terdapat sedikit masalah dengan pendaftaran pemain, dan pasukan bimbingan beliau juga tidak dapat menggunakan padang Stadium Negeri sebelum perlawanan pertama Liga Premier.

Ini berikutan kerja-kerja baik pulih yang dijalankan di padang stadium pada minggu sebelum sepak mula.

Dalam pada itu, Ian juga menyatakan beliau menagih kualiti dan usaha lebih daripada pemain import yang hadir di dalam pasukan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top