Tamat babak pertama perlawanan play-off Liga Premier 2020 sebentar tadi dengan Kuching secara tak disangka mendahului pasukan Liga Premier Sarawak FA.
Gol Kuching dijaringkan seawal minit ke-7 perlawanan apabila Shamsu Alam menanduk masuk gol pertama perlawanan.
Sarawak FA hampir menyamakan kedudukan beberapa mimit kemudian tapi cubaan dari luar petak penalti terkena palang, dan follow up oleh Bobby Gonzales tersasar dari sasaran.
Kuching yang banyak menguasai perlawanan hampir menambah gol melalui larian deras Joseph Kalang Tie, namun rembatan akhirnya sipi.
Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan selepas itu, namun pertahanan kedua-dua pasukan juga terus ampuh memastikan perlawanan kekal tanpa sebarang gol sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.