Home Malaysian football Miri bakal lawan Batang Padang, lawan Kuching belum pasti

Miri bakal lawan Batang Padang, lawan Kuching belum pasti

Perjuangan pasukan-pasukan naungan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) di dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR) akan diteruskan tidak lama lagi apabila undian perlawananan Suku Akhir Pertandingan tersebut telah dibuat oleh pihak pengurusan LBR hari ini.

Menurut undian, Miri bakal menentang Batang Padang di tempat lawan, manakala Kuching pula akan terpaksa menunggu hasil siasatan LBR berhubung bantahan pasukan Jeli ke atas Besut yang didakwa menggunakan pemain yang tidak berdaftar.

Jika siasatan Jeli mendapati Besut bersalah, Kuching akan melayan kunjungan Jeli, namun sekiranya berlaku sebalinya, Kuching akan menentang Besut.

Tarikh dan masa perlawanan suku akhir bagi semua perlawanan LBR belum dipastikan lagi.

RECOMENDED LINKS: