Hasnizam Uzir: ‘Sarawak pilihan saya’

Blogger, penulis dan juga bekas pemain Johor Hasnizam Uzir menyatakan bahawa juara saingan Liga Premier Malaysia bagi tahun 2013 adalah milik pasukan Sarawak.

Menurut Hasnizam yang hadir sebagai tetamu dalam rancangan Sorakan 12 ASTRO Arena Isnin lepas, Sarawak mempunyai kualiti serta kemampuan untuk kekal di kedudukan teratas liga, terutama sekali apabila sudah menewaskan Sime Darby FC di Stadium Negeri pada Jumaat lepas.

Haznizam Uzir (kanan) bersama Shaukei - Gambar dari http://akubekasplayer.blogspot.com
Haznizam Uzir (kanan) bersama Shaukei – Gambar dari http://akubekasplayer.blogspot.com

Tambah Hasnizam, sesebuah pasukan yang berjaya memintas pasukan pencabar terdekat dalam keadaan baki perlawanan yang tampak sedikit, akan mengekalkan momentum mereka sehingga akhirnya menjadi juara liga.

Sungguhpun demikian, panel Sorakan 12 yang turut terdiri daripada Shahrazad Sani dan Nazzab Hidzan turut mengulas bahawa Johor boleh menjadi penggugat kepada hasrat Sarawak, seperti Kedah yang mampu menggugat impian Sime Darby FC.

Dalam pada itu Nazzab pula enggan memilih juara Liga Premier bagi musim 2013 apabila beliau menyatakan bahawa Kedah dan Johor masing-masing masihg berpeluang untuk layak secara automatik ke Liga Super, dan Sime Darby dan Sarawak masing-masing ada peluang yang sama besar untuk tampil sebagai juara.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top