Harimau Muda & Harimau Malaya sertai Pestabola Merdeka

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Haji Shah berharap Pestabola Merdeka akan datang akan melibat dua pasukan kebangsaan selain daripada pasukan-pasukan jemputan lain.

Baginda yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan Pestabola Merdeka bertitah kejohanan yang pertama kali dianjurkan pada 56 tahun lalu ini boleh dijadikan persediaan buat pasukan negara menghadapi Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF pada masa hadapan.

Perkara ini dilihat tidak mustahil kerana penganjurannya pada era 90-an pernah menyaksikan penglibatan Harimau Malaya dan pasukan Olimpik.

Edisi kali ini melibatkan pasukan Bawah-23 Malaysia yang sebahagiannya daripada pemain Harimau Malaya A, B-23 Singapura dan B-23 Myanmar.

Baginda yang berpuas hati dengan persediaan bagi kejohanan lapan hari yang bakal berlangsung di Kuantan pada 7 hingga 14 September ini nanti, amat mengalu-alukan diadakan di venue-venue lain.

Ini merupakan kali pertama penganjurannya diadakan di luar Kuala Lumpur dan beliau menegaskan venue pilihan itu nanti tetap perlu menepati standard antarabangsa.

“Secara tidak langsung ini akan meningkatkan tahap bola sepak di rantau ini. Objektif kami adalah untuk meningkat standard bola sepak di rantau Asean,” katanya.

Tengku Abdullah mengakui FAM ada menghantar banyak jemputan kepada pasukan luar namun tetap berpuas hati dengan yang terlibat kali ini.

Ini kerana keempat-empat pasukan B-13 kebangsaan kali ini berkemungkinan bakal berdepan sesama sendiri untuk Sukan SEA yang bakal berlangsung tiga lagi.

“Ini antara objektif kita untuk mengadakan perlawanan pemanas badan untuk persiapan Sukan SEA.

“Terpulang kepada jurulatih (Ong Kim Swee) kerana semangat semasa Sukan SEA mungkin lain.”

Baginda turut memuji usaha Astro dan ProEvents yang bekerja keras untuk mengembalikan kejohanan yang kali terakhir diadakan pada 2008 yang lalu.

-Astro Arena

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top