Harimau Malaya: Sudarsono jadi pengurus, Dollah Salleh jadi jurulatih

Datu Sudarsono, presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah dilantik sebagai Pengurus baru skuad Harimau Malaya.

Beliau dilantik bagi bekerjasama dengan jurulatih baru Harimau Malaya, yakni Dollah Salleh (gambar).

Sudarsono yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil alih tugas pengurus pasukan Harimau Malaya yang kini kosong, manakala Dollah Salleh akan mengambil alih jawatan Ong Kim Swee, yang sebelum ini ‘menjaga’ skuad Harimau Malaya selepas kontrak K. Rajagopal ditamatkan. Ong Kim Swee dalam pada itu akan kembali memberi fokus kepada skuad bawah-23 tahun Malaysia.

Dollah dianggap antara jurulatih tempatan paling berjaya di negara kerana berjaya membimbing hampir semua pasukan dibawahnya ke arah kejayaan, dengan yang terkini, skuad PDRM, yang berjaya menjuarai Liga Perdana.

Sudarsono pula telah berjaya mengakhiri kemarau kejayaan di Sarawak FA, dan sekaligus membangkitkan semangat bolasepak di Bumi Kenyalang sejak mengambil alih jawatan Presiden persatuan bolaepak negeri tersebut.

Kami di SarawakCrocs mengucapkan tahniah, dan selamat maju jaya kepada mereka berdua dan berharap kejayaan di dalam bola sepak Malaysia boleh dimiliki dalam masa terdekat.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top