Hanya perlu seri

Pasukan Sarawak FA hanya memerlukan keputusan seri malam ini bagi memastikan mereka boleh meneruskan saingan musim ini di Piala Malaysia. 

Jika diamati kedudukan Liga Super, Sarawak FA kini di kedudukan ke-11 dan boleh dipintas Pulau Pinang sekiranya pasukan Pulau Mutiara itu memungut mata penuh, dengan pasukan Sarawak FA tewas. 

Mengikut format baharu Piala Malaysia yang diperkenalkan tahun lepas, sebelas pasukan teratas Liga Super pada perlawanan ke-11 liga akan secara automatik layak ke partandingan berprestij itu, yang mana Sarawak FA belum pernah menangi. 

Dalam pada itu, ketua jurulatih Sarawak FA, David Usop yakin anak buahnya akan memberikan aksi terbaik untuk perlawanan ini sambil menyatakan bahawa fokus merupakan kunci kepada membawa balik tiga mata berharga. 

Sarawak FA akan menerima kunjungan Kelantan FA pada jam 8.15PM kelak di Stadium Negeri. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top