Hanya ‘Messi Malaysia’

Walaupun pertahanan Sarawak dilihat beraksi cemerlang dalam dua tiga perlawanan yang lalu, ianya tidak cukup untuk memikat hati jurulatih Malaysia Ong Kim Swee tidak menyenaraikan kelibat Ronny Harun, Ramesh Lai atau Hairol Mokhtar di dalam senarai 27 pemain Harimau Malaya yang akan menentang Yemen dalam perlawanan persahabatan 5 Mac kelak.

Sungguhpun demikian, angin perubahan dapat dirasai dalam senarai pemilihan pemain kebangsaan apabila jurulatih kelahiran Melaka itu menggugurkan beberapa pemain kepercayaan K. Rajagopal seperti Safee Sali, Khyril Muhymeen, Azamuddin Akil, Safiq Rahim dan Fadhli Shas.

Sebaliknya, pemain tengah yang digelar ‘Messi Malaysia’ Joseph Kalang Tie, Ahmad Fakhri, Khairul Azhan (Pahang) dan Faizal Muhamad (T-Team) pula yang diberi kepercayaan untuk menyarung jersi Malaysia buat kali ini.

Adalah dipercayai bahawa Ong bertindak menggugurkan beberapa pemain ternama Malaysia kerana mereka tidak mendapat masa bermain secukupnya bersama kelab masing-masing.

Update 6:10PM 20 Feb 2014 – Ong Kim Swee setakat ini belum mengumumkan senarai pemain secara rasmi, namum sumber yang kami terima memaklumkan besar kemungkinan senarai ini adalah senarai sah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top