Hanya 4 pemain bukan Sarawak pada musim hadapan

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais, telah memberi bayangan bahawa mungkin hanya seorang pemain bukan Sarawak akan menyertai pasukan Bujang Senang pada musim hadapan.

Kenyataan tersebut dibuat apabila beliau ditemuramah oleh pihak Shoot Sampe Bisak (SSB).

Menurut intipati temuramah tersebut, Posa Majais menyatakan bahawa pasukan Bujang Senang perlu memastikan mereka memenuhi kemampuan kewangan sedia ada dan tidak terlebih belanja apabila mengikat pemain pada musim hadapan.

Posa turut mendedahkan bahawa pasukan Bujang Senang pada musim hadapan berkemungkinan akan memiliki tiga pemain import asing, kurang seorang dari yang dimiliki musim ini. Tambah Posa, pengurusan FAS yang baharu tidak mahu terlebih belanja seperti musim-musim sudah.
only-one-import
Kenyataan Posa sekaligus menggambarkan bahawa Sarawak akan hanya memiliki empat pemain bukan Sarawak pada musim hadapan sekaligus memberi indikasi bahawa pemain bukan Sarawak seperti Ramesh Lai, Shahril Saa’ri, Iqbal Suhaimi, Ronny Harun, K Thanaraj, Riduwan Maon, Mohd Akmal, K Gurusamy, J Partiban, Syahrul Azwari, Ndumba Makeche, Gilmar Filho, Junior Aparecido dan Teah Dennis kini di hujung tanduk.

Jika benar FAS akan bertindak seperti yang digambarkan Posa, maka para peminat Bujang Senang bakal menyaksikan perubahan drastik kepada pasukan musim hadapan dengan nama-nama muda dan baharu disenaraikan.

Untuk senarai pergerakan pemain terkini Bujang Senang bagi musim 2017, anda boleh merujuk di sini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top