Hanya 4 orang jurulatih bola sepak Sarawak miliki Lesen A

Sarawak kekurangan jurulatih bola sepak kelas A dengan hanya empat individu sahaja dikatakan mempunyai lesen kejurulatihan bola sepak kelas A (lebih dikenali sebagai Lesen A).

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, empat orang Sarawak yang memiliki Lesen A adalah Pengiran Bala, David Usop, Abdul Jalil Rambli dan Safri Amit.

Kekurangan jurulatih Lesen A Sarawak dapat dilihat secara langsung apabila kita melihat senarai pilihan ketua jurulatih bagi pasukan Sarawak FA sejak kebelakangan ini.

Dalam tempoh tiga tahun, empat individu tersebut adalah yang paling banyak diberi mandat melatih pemain pasukan Sarawak FA yang dikawal selia sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Untuk rekod, Lesen A diperlukan oleh seseorang jurulatih untuk mengendalikan pasukan Liga Premier dan Liga Super.

Adalah dikhabarkan bahawa pasukan Sarawak FA kini secara bertulis dibimbing oleh Ian Gillan, yang juga merupakan salah seorang lagi pemegang Lesen A.

Sungguhpun demikian, perancangan dan strategi pasukan khabarnya dibuat oleh penolong jurulatih Denny Da’ail, yang merupakan anak jati Sarawak.  Adalah difahamkan Denny memiliki Lesen B dan sedang dalam usaha mendapatkan Lesen A beliau.

Jurulatih tempatan Sarawak dilihat agak sukar mendapatan Lesen A kerana ianya menjadi satu syarat  dan keperluan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk seseorang jurulatih di daftar sebagai jurulatih atau penolong jurulatih dalam pasukan Negeri atau Kelab yang mengambil bahagian di Liga Super, Perdana, Piala FAM atau Piala Presiden.

Dengan Sarawak hanya mempunyai beberapa pasukan beraksi di dalam liga dan pertandingan tersebut, sememangnya peluang untuk jurulatih menawarkan diri ke Kursus Lesen A agak sedikit.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top