Home Malaysian football Pengerusi Harakah Islamiah Cawangan Sri Aman dilantik penasihat baharu FAS

Pengerusi Harakah Islamiah Cawangan Sri Aman dilantik penasihat baharu FAS

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dilaporkan telah memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa untuk memilih jurulatih dan pemain untuk musim 2020.

Menurut laporan CSNSportsTalk, antara muka baru yang diketengahkan ialah Dato Wan Abdillah Wan Edruce, yang juga merupakan pengerusi Harakah Islamiah (HIKMAH) Cawangan Sri Aman.

Wan Abdillah merupakan aktivis media sosial suatu masa dahulu, dan juga merupakan calon pilihan raya beberapa kali.

Beliau dikhabarkan telah dilantik sebagai penasihat kepada pasukan Sarawak FA 2020, dan juga diberi mandat sebagai exco bebas FAS.

Seorang lagi muka baharu di dalam pengurusan FAS adalah Basil Thomas.

Basil, seperti juga Wan Abdillah, turut giat sebagai seorang ahli politik.

Beliau juga merupakan Pengerusi Kelab Optima FC, yang merupakan kelab baharu di Miri.

Laporan CSNSportsTalk menyebut bahawa Basil dipilih selaku ahli bebas FAS merangkap pengurus pasukan Piala Belia Sarawak 2020.

Kedua-dua Basil dan Wan Abdillah dilaporkan oleh akhbar Utusan Borneo sebagai merupakan ahli perniagaan.

Tujuh individu lain yang membentuk exco bebas FAS adalh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam serta Zulhairy Zaidel, Hamzah Brahim, Zaidi Pathi dan Nichol Agoi.

Previous articleHanya 4 orang jurulatih bola sepak Sarawak miliki Lesen A
Next articleMenteri Sukan Sarawak kecewa dengan pendedahan Bomba