Hadiah bernilai lebih RM3,500 jadi rebutan di Kapit

Tinggal dua pasukan lagi yang akan berentap untuk kejuaraan Piala Tan Sri James Jemut Masing yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM3,500.

Dua pasukan tersebut adalah Borneo Leopards U19 dan SWT Contractor, yang mana salah satu daripadanya akan memenangai hadiah tunai bernilai RM2,500, Piala Iringan, baucar RM1,000 dan pingat pertandingan.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Kapit, Kennedy Kuyang, sebanyak tujuh pasukan telah berentap di dalam Liga Bolasepak Kapit yang kini sedang berlansung, dengan kesemua tujuh pasukan tersebut turut sama bertanding untuk Piala Tan Sri James Jemut Masing.

Dalam pada itu, pasukan SWT Contractor dilihat sebagai pasukan pilihan memandangkan mereka kini di kedudukan kedua Liga Bolasepak Kapit, dan merupakan mantan juara liga tersebut pada musim lepas. SWT juga telah membelasah lawan mereka Kapit Eagle FC, 9-1 pada pusingan pertama piala, sebelum menundukkan 66 Mobile Dragon 1-0 pada pusingan separuh akhir. SWT juga pernah menundukkan Borneo Leopards sebelum ini di dalam aksi Liga Bolasepak Kapit.

Sungguhpun demikian, pasukan muda Borneo Leopards yang menampilkan pemain muda, tidak boleh dipandang enteng kerana mereka boleh melakukan kejutan. Borneo Leopards telah menundukkan PDRM 3-2 pada peringkat separuh akhir, dan sebelum itu menundukkan Accurate FC 3-0 pada pusingan pertama pertandingan.

Perlawanan akhir Piala Tan Sri James Jemut Masing akan berlangsung pada 24 September ini di Stadium Terbuka Kapit.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top