GST jadi isu pada tiket perlawanan persahabatan Sarawak

Beberapa peminat bolasepak Sarawak yang membeli tiket perlawanan persahabatan Sarawak menentang KL SPA hari ini memaklumkan mereka keliru dengan harga tiket yang mereka beli kerana ianya sudah dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Menurut seorang peminat bernama Abraham, beliau hairan kenapa pihak penjual tiket tersebut telah mengenakan cukai GST sebanyak 6% sedangkan kerajaan Malaysia hanya akan memulakan implimentasi cukai tersebut pada 1 April 2015.

Beberapa peminat lain yang turut menghantar email kepada kami juga menyertakan tiket mereka sambil mempersoalkan caj GST yang sepatutnya tidak dibuat.

Dalam pada itu, pihak kami mendapati bahawa semua tiket yang dijual untuk perlawanan Sarawak menentang KL SPA mengandungi klausa ‘Termasuk Cukai GST 6%’ di bawah harga tiket yang dijual, sungguhpun kami difahamkan klausa tersebut telahpun dibatalkan atau dipadamkan bagi penjualan tiket sebelah petang ini.

Sarawak akan bertemu KL SPA malam ini di dalam perlawanan yang mana mereka perlu menang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top