Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah telah mendedahkan hari ini bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mendapat bantuan geran terbesar untuk sebuah badan sukan di Sarawak.
Karim yang berucap ketika majlis pelancaran jersi pasukan Sarawak FA hari ini berkata, kerajaan Sarawak sangat prihatin terhadap perkembangan sukan di Sarawak, khususnya sukan bolasepak, dan ini ditunjukkan dengan sokongan geran yang besar.
Dalam pada itu beliau berharap bahawa FAS ditadbir dengan betul dan pemain-pemain Sarawak bermain habis-habisan apabila Liga Premier bermula kelak.
Karim juga melahirkan harapan agar pasukan bolasepak Sarawak FA akan kembali ke Liga Super pada tahun hadapan, sambil mengakui pasukan Sarawak FA agak mengecewakan pada musim lepas.
Sarawak FA telah melancarkan jersi terbaharu hari ini, dan bakal memulakan kempen Liga Malaysia dengan perlawanan menentang Kuantan FA pada Jumaat ini.