Hasrat pemiant untuk menyaksikan gandingan mantap Bobby Gonzales dan Muamer Salibasic mungkin akan menjadi kenyataan apabila Bobby dikhabarkan akan ke Kuching bagi menjalani sesi pengujian Sarawak FA.
Bobby Gonzales yang kini berumur 33 tahun tidak dilanjutkan kontrak bersama PKNS FC untuk musim 2017, dan beliau seolah memberi bayangan beliau akan kembali ke Kuching pada akaun instagram beliau.
Dalam gambar Instagram terkini beliau, Bobby meletakkan gambar seekor kucing hitam sebagai gambar pertama untuk 2018, sambil memberi teguran ‘Hello 2018’.
Kucing hitam adalah sinonim dengan pasukan Bujang Senang pada suatu masa dahulu sebelum pasukan bertapak di Kuching ini menukar maskot kepada buaya.
Jika benar bayangan yang diberi Bobby, dan Bobby sememangnya lulus percubaan Ian Gallin, adalah tidak mustahil bahawa Sarawak akan kembali melihat gandingan Muamer dan Bobby semula untuk musim 2018.
//JERSI TRIBAL SARAWAKCROCS AKAN DILANCARKAN JANUARI INI. LIKE KEDEY.SARAWAKCROCS UNTUK MAKLUMAT TERKINI!