Sumber SarawakCrocs.com sebelum ini telah memaklumkan bahawa jurulatih belia Sarawak yang berasal dari Bosnia, Fuad Grbesic bakal menggantikan Robert Alberts yang telah melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Jurulatih Sarawak.
Hari ini, beberapa media tempatan telah memetik Datu Sudarsono sebagai mengesahkan berita berkenaan dengan menyatakan bahawa pengendali baharu Sarawak adalah tidak lain, tidak bukan Fuad.
Menurut Harian Metro, Datu Sudarsono mengakui Fuad akan mengendalikan skuad Bujang Senang bagi baki tujuh perlawanan akan datang dan mempunyai misi untuk mengekalkan Sarawak di Liga Super bagi musim hadapan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys
Pemilihan Fuad tidak dilihat mengejutkan kerana peminat sebelum ini pernah menyatakan bahawa Fuad telah menunjukkan keupayaan memberi nafas baharu kepada skuad Piala Belia Sarawak.
Desas desus tambahan yang kami terima dari kem Sarawak turut mengkhabarkan bahawa Fuad berkemungkinan akan terus melatih Sarawak tahun hadapan dengan pihak pengurusan membenarkan beliau memilih pemain import baharu bagi skuad Sarawak. Dari pengamatan kami, Muamer Salibasic, bekas penyerang Sarawak berkemungkinan akan kembali ke Sarawak kerana adalah bukan rahsia Muamer ingin kembali beraksi di Malaysia, dan Fuad mempunyai hubungan baik dengan penyerang lagenda Sarawak itu.
[…] Fuad Grbesic naik pangkat. Teka teki jurulatih baru Sarawak FA tamat […]
[…] Fuad Grbesic naik pangkat. Teka teki jurulatih baru Sarawak FA tamat […]
[…] appointed to lead the SUKMA football team of Sarawak, Fuad was also assigned to take over from Robert Alberts as the main head coach of the senior team, upon Robert’s departure in […]