Kevin Ramalingam, Ketua Eksekutif Operasi (CEO) Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menyatakan bahawa penswastaan Liga Malaysia pada tahun 2018 akan menyaksikan hanya pasukan yang mempunyai lesen sahaja dapat bertanding.
Menurut Kevin, untuk kelab memiliki lesen, ianya mesti mematuhi kriteria perlesenan kelab.
Jika kelab tidak mempunyai lesen, mereka tidak akan dapat bertanding di dalam Liga Malaysia, sekaligus memaksa semua pasukan yang bertanding mendapatkan lesen tersebut, serta mestruktur semula cara ianya ditadbir.
Pasukan yang mahu bertanding di Liga Malaysia perlu memperolehi lesen sebelum tahun September 2017, sekaligus menyaksikan Liga Malaysia disertai pasukan-pasukan berlesen sepenuhnya pada 2018.
Adalah difahamkan bahawa Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan kelab bolasepak pertama yang mempunyai lesen kelab bolasepak di Malaysia.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




No lesen no kantau….no kantau no FAM…lol
Sapa merik kuasa ngan cdak FMLLP tok??tetiba jak ngaco liga
FAM la bos hahhaha sama2 untung ma…
[…] FMLLP: Tiada lesen, tiada main […]