Felda United belasah Sarawak FA, Ian kata pemain muda kurang IQ bolasepak

Pasukan Bujang Senang tewas buat kali kedua di dalam perlawanan pra-musim mereka untuk Liga Premier malam tadi apabila kecundang 4-1 kepada pasukan liga sama, Felda United.

Perlawanan yang menyaksikan Ian Gillan membariskan bayangan pasukan utama musim ini pada babak pertama, menyaksikan semua pemain import, termasuk pemain Jepun Kento Fujihara diturunkan.

Ianya walaubagaimanapun gagal menyekat kemaraan Felda yang berjaya menjaringkan dua gol selepas berakhirnya babak pertama.

Pada babak kedua, penyerang import Sarawak Mateo Roskam berjaya merapatkan jurang selepas beliau berjaya menyempurnakan sepakan penalti, namun Felda United terus menambah dua gol selepas itu, sekaligus menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-1.

Ian, selepas perlawanan mengakui beliau kini sudah mendapat gambaran kesebelasan utama beliau, tetapi mengakui bahawa kekurangan pengalaman dan IQ bolasepak hadir di kalangan pemain-pemain muda beliau.

Beliau walaubagaimanapun berkata tiga perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur telah memberi beliau maklumat cukup tentang keperluan pasukan bagi mengharungi Liga Premier kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top