Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini, melalui laman Facebook rasminya, mengumumkan bahawa Stadium Negeri kini telah dilengkapi dengan CCTV di seluruh stadium.
Menurut FAS, ‘CCTV telah diletakkan di segenap penjuru stadium’, dan pihaknya menggesa penyokong agar tidak membakar mercun dan membaling mercun tersebut ke trek kerana ia boleh memudaratkan petugas dan juga pemain dan kerjasama semua pihak dihargai.
Dalam kenyataan sama, FAS turut menunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan rakaman CCTV tersebut.
Pemasangan CCTV tersebut telah lama dirancang oleh pihak FAS bagi membendung gejala bermain mercun dan suar di Stadium Negeri ketika perlawanan bolasepak melibatkan pasukan Sarawak. Ini adalah kerana FAS telah keruguan beribu-ribu ringgit ekoran denda yang dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia akibat tindakan peminat bermain mercun.