AKSI AKHIR KETEMU PERAK & WP
Pentas akhir pertandingan bolasepak SUKMA Sarawak bakal menyaksikan pasukan Perak bertemu pasukan Wilayah Persekutuan. Kedua-dua pasukan berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir selepas menumpaskan lawan masing-masing 1-0 di dalam pertandingan separuh akhir hari ini. Untuk rekod, Perak adalah juara bertahan pertandingan bolasepak SUKMA.

Bagi pasukan Sabah dan Pahang yang telah tewas, mereka akan turut bermain pada 30 Julai ini bagi menentukan pemenang pingat gangsa pertandingan bolasepak.

Back
Next

KEPUTUSAN DAN JADUAL PERLAWANAN BOLASEPAK SUKMA SARAWAK

SUKMA Sarawak Bolasepak bonai

LAPORAN PERINGKAT KUMPULAN:
Pasukan bolasepak Johor dan Selangor hari ini mengesahkan tempat di Suku Akhir Pertandingan Bolasepak SUKMA Sarawak selepas menduduki dua tangga tertinggi di dalam Kumpulan A.

Selangor mengesahkan tempat mereka selepas menewaskan Perlis 1-0 di Stadium Negeri Sarawak, manakala Johor gah menyertai Selangor ke peringkat Suku Akhir selepas mengikat Melaka 1-1.

Sementara itu, di dalam Kumpulan B, Pahang dan Sabah masing-masing melayakkan diri ke peringkat Suku Akhir biarpun Sabah dan Kedah sekadar berkongsi mata hati ini.

Pasukan Sarawak pula berjaya mengesahkan tempat di peringkat suku akhir dengan perbezaan jaringan, walaupun di-ikat oleh Wilayah Persekutuan 2-2 pada hari Sabtu. Keputusan itu sekaligus menyaksikan Wilayah Persekutuan turut ke peringkat suku akhir berdasarkan beza jaringan lebih besar berbanding Terengganu.

Perak pula berjaya mengesahkan tempat di pertandingan Suku Akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada pertandingan akhir.

19 JUL
Johor (1) – (1) Perlis
Melaka (1) – (2) Selangor
Kedah (0) – (0) Pahang

20 JUL
Sarawak (0) – (0) Terengganu
Perak (1) – (0) Pulau Pinang

21 JUL
Selangor (0) – (1) Johor
Perlis (1) – (3) Melaka
Pahang (4) – (4) Sabah

22 JUL
Terengganu (1) – (1) Wilayah Persekutuan
P. Pulau Pinang (2) – (2) Negeri Sembilan

23 JUL
Selangor (1) – (0) Perlis
Johor (1) – (1) Melaka
Sabah (1) – (1) Kedah

24 JUL
Wilayah Persekutuan (2) – (2)Sarawak
Negeri Sembilan (1) – (2)Perak

Back
Next

2 COMMENTS

  1. Congrates to Sarawak….best host best organizer….hottest edition with fantastic new games and national records.
    Neck to neck race between s’ wak & s’ gor….right to the final moment on the final day.

Comments are closed.