Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah mengumumkan bahawa Majlis Memperkenalkan Pemain yang dijadualkan pada Sabtu ini, 14 Januari, akan ditunda.
Majlis yang sepatutnya diadakan di CityOne Megamall itu ditunda bagi menghormati kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia hari ini.
Selain daripada memperkenalkan pemain, majlis tersebut juga sepatutnya digunakan untuk melancarkan jersi baharu pasukan Bujang Senang.
Tarikh baharu bagi majlis berkenaan akan diumumkan semula kelak.