FAS tekad bangunkan pasukan 100% anak jati

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berazam untuk membangunkan pasukan Sarawak yang mempunyai 100% anak jati Sarawak suatu hari nanti.  

Presiden FAS,  Dato Posa Majais berkata skuad senior Sarawak kini mempunyai 21 orang pemain kelahiran Sarawak yang rata-ratanya merupakan bekas pemain skuad Piala Presiden dan skuad Belia. 

FAS dalam pada itu turut berazam untuk mewujudkan persatuan yang diterajui oleh 100% anak jati Sarawak termasuk dalam bidang pengurusan kelab dan teknikal. 

Kini, 90% pemain skuad senior Sarawak merupakan anak watan setelah pemain-pemain yang berasal dari semenanjung Malaysia dilepaskan di penghujung musim lepas. 

Selain pemain import luar negara, hanya Ronny Harun, Ramesh Lai dan Shahril Saa’ri merupakan pemain bukan Sarawak pada pasukan musim ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top