FAS tarik diri dari Liga Malaysia 2021?

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mungkin akan menarik diri daripada Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut laporan Suara Sarawak, Presiden FAS Posa Majais berkata bahawa tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

FAS walaubagaimanapun sedar bahawa menarik diri bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Posa dilaporkan berkata bahawa tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Jika FAS bertegas menarik diri daripada Liga Malaysia musim hadapan, impak keputusan tersebut tidak dapat dipastikan buat masa ini memandangkan pasukan Sarawak United merupakan kelab yang sudah terpisah dari FAS.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top