FAS minta kerajaan Sarawak bantu naik taraf kemudahan bolasepak

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah meminta kerajaan Sarawak membantunya menaik taraf kemudahan bolasepak di Miri, Kapit dan Bintulu.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, Naib Presiden FAS, Mohd Saif Jubaidi dipetik sebagai berkata antara isu yang diutarakan kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg adalah pemasangan lampu limpah di Stadium Terbuka Miri.

Pemasangan lampu limpah di Stadium Miri akan membolehkan pasukan Piala Presiden bimbingan jalil Ramli bermain pada waktu malam.

Turut dipohon adalah kemudahan padang rumput tiruan di Miri bagi membantu perkembangan bolasepak di Utara Sarawak.

Selain daripada itu, laporan akhbar tersebut juga menyatakan bahawa FAS juga telah memohon kerajaan Sarawak menaik taraf kemudahan stadium Bintulu, dan memberi sebidang tanah di Kapit untuk pembinaan padang bolasepak.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top