Bekas pemain Sarawak FA, Shahrol Saperi akan diberi tugasan lain.
Begitulah kenyataan Pengarah Komersial Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Abang Abdul Rahman, yang membidas kenyataan seorang lagi bekas pemain Sarawal FA, Joseph Kalang Tie.
Menurut Abdul Rahman, setiap pemain perlu menjalani pemeriksaan perubatan sebelum musim baharu, dan Shahrol telahpun gagal akan ujian tersebut, sekaligus menyaksikan beliau digugurkan oleh FAS untuk musim akan datang.
Tambah Abdul Rahman, walaupun digugurkan, Shahrol akan diberi peranan baharu yang dirasakan sesuai dan akan dibenarkan menggunakan kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak persatuan untuk sesi pemulihan beliau.
Walaubagaimanapun, Abdul Rahman turut akur menyatakan bahawa gaji Shahrol kini tidak akan sama seperti gaji beliau semasa beliau bermain bersama pasukan kerana perbezaan peranan.
Tambah Abdul Rahman, FAS sentiasa menghargai sumbangan pemain, dan berharap peminat akan terus menyokong Sarawak FA.