Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berharap pasukan dibawah naungannya, Sarawak FA, akan diberi lesen kelab bolasepak pada tahun 2019.
Menurut Pengarah Komersial Abang Abdul Rahman di dalam satu kenyataan di laman FB rasmi FAS, pihak FAS kini sedang menambah baik audit akaun pasukan untuk musim 2017, dan akan memastikan masalah audit yang hadir pada musim 2016 tidak muncul lagi.
Dalam pada itu, Abdul Rahman menjelaskan bahawa Sarawak FA tidak memiliki lesen kelab bolasepak kerana ketiadaan audit pada musim 2016, namun pihak persatuan akan memastikan masalah audit tersebut tidak berulang pada 2017 dan 2018, sekaligus membolehkan Sarawak FA mendapat lesen kelab pada 2019 apabila permohonan baharu dibuat.
Untuk rekod, Sarawak FA gagal mendapat lesen kelab bolasepak pada musim ini ekoran masalah audit perakaunan yang gagal dipenuhi.
Kegagalan mendapatkan lesen kelab bolasepak menyaksikan Sarawak FA tidak boleh bermain di Liga Super sehingga lesen tersebut diperolehi.
Jika Sarawak FA gagal mendapatkan lesen kelab bolasepak pada tahun 2019, ianya tidak akan dapat bermain di Liga Premier juga.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Pelik ikit la…tiap tahun persatuan mesti anta laporan kewangan pada pertubuhan pendaftar…anyway semoga dipermudahkan segala urusan.
Aeei usaha lah bkn berharap ,mesti n wajib lesen ya.
Apa jak kena FAS smpey gaji player pun sik dpt settle. Mun gaji sik dpt nang 2028 pun sik akan ada lesen. Huhu
Alang2 ambik jak lesen moto aik…sikda gago2 gilak.
Mun pengurusan cam taik palat iboh jak nak maju ke depan untuk dapatkan lesen ya…
pengurusan kta dah jauh ketinggalan kebelakang tu yg kta so maju nak ambi nama aja
Harapan aku untuk 2018…mun sik nait ke liga super sekpa. Mun sik top 3 top 5 pun sekpa. Yang penting tahun tok pengurusan lebih profesional and efisien. Gaji players diurus dengan baik. Kita mula dengan ya jak lok…