Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kini sedang mengintai kemungkinan untuk mengadakan kerjasama pintar dengan kelab bolasepak dari Jepun di dalam masa terdekat.
Buat masa ini FAS berkenan dengan dua kelab di Singapura dan Australia masing-masing, untuk menjalinkan kerjasama pintar.
Menurut Pemangku Presiden FAS Abdul Wahab Rahim, kelab Geylang FC (Singapura) dan Perth Glory (Australia) dilihat sesuai dan berpotensi untuk kerjasama tersebut, dan pihaknya masih meneliti kelab mana yang sesuai di negara Jepun untuk kerjasama seumpamanya.
Abdul Wahab menjelaskan bahawa fokus utama kerjasama tersebut adalah untuk pembangunan pemain kedua belah pihak.
Baru-baru ini, FAS telah ke Australia untuk meninjau program pembangunan pasukan Perth Glory FC, dan mereka telah singgah di Singapura untuk meninjau pasukan Geylang FC.
Ingin bermain futsal/bolasepak di kawasan anda? Periksa Kalendar Bolasepak Malaysia untuk pertandingan berdekatan anda!