Laman automotik PaulTan.org hari ini mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kini telah memasuki pasaran menjual siri nombor plat kenderaan yang bermula dengan huruf ‘Q’.

Menurut laman tersebut, siri nombor tersebut adalah bermula dari Q 1 sehingga Q 9999, dan pemilik kenderaan yang berminat mendapatkan mana-mana nombor tersebut boleh membida untuk mendapatkannya sehingga 21 Mac ini.

Laman tersebut juga menyebut bahawa nilai bidaan terendah bagi siri nombor tersebut adalah RM2,000 bagi plat berjujukan biasa, namun ianya akan naik kepada RM5,000 untuk plat nombor yang yang mempunyai empat nombor, tetapi memiliki dua nombor sama seperti Q 1881.

Bagi nombor kembar atau nombor nombor seperti Q 100 dan Q 1000, harga bidaan bermula pada harga RM20,000, manakala nombor ’emas’ seperti Q 77 dijual pada harga permulaan RM50,000.

Adalah difahamkan bahawa nombor satu digit (Q 1 hingga Q 9) dijual dengan harga permulaan RM100,000.

Keputusan bidaan nombor akan dibuat pada bulan April 2018, dengan nombor yang tidak dibida dijual secara jualan langsung.

Comments
LATEST PROMOTIONWORLD CUP PROMOTION AND CONTEST