FAS hanya boleh berubah sepenuhnya pada musim hadapan

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais mengakui bahawa musim ini tidak seindah yang diharapkan peminat bolasepak Sarawak.

Sungguhpun demikian, beliau yang baru memegang jawatan Presiden FAS selama lapan bulan, mendedahkan bahawa beliau sedikit sebanyak telah belajar mengenai selok belok bola sepak dan sedang dalam berusaha memastikan segala kesilapan musim ini, dan musim-musim lepas, tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Posa juga dipetik SarawakVoice berkata bahawa terdapat beliau tidak boleh melakukan perubahan sesuka hati musim ini ekoran kedudukan FAS yang masih terikat dengan perjanjian yang dilakukan pihak pengurusan lama.

Beliau turut mendedahkan persediaan pada untuk musim hadapan akan dimulakan sebaik musim ini berakhir, dimana beliau memberi indikasi bahawa beberapa pemain lama mungkin disingkirkan pada penghujung kontrak mereka.

Posa dalam pada itu menyatakan beliau berharap Sarawak FA akan mampu kekal di Liga Super pada musim hadapan, dan berharap pasukan Sarawak FA akan memenangi tiga perlawanan terakhir. – SarawakCrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top