Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) memberi isyarat bahawa mereka tidak akan mengikat pemain terlalu lama bermula musim hadapan.

Perkara tersebut diperolehi apabila Presiden FAS Datu Posa Majais berkata bahawa mengikat pemain terlalu lama telah mengakibatkan pihak FAS tidak dapat melakukan perubahan pada musim ini.

Beliau yang dipetik SarawakVoice berkata bahawa beberapa pemain yang telah lama di dalam pasukan Sarawak FA tidak dapat disingkirkan oleh FAS kerana kontrak dua tahun yang mereka miliki, dan kesukaran yang diakibatkan oleh perkara tersebut menjadi pengajaran buat FAS untuk tidak mengikat pemain untuk tempoh yang panjang.

FAS juga tambah beliau, tidak mahu mengambil jalan pendek menyingkirkan pemain kerana ianya akan mengakibatkan pihak FAS terpaksa membayar pampasan, sambil memaklumkan bahawa suku daripada dana FAS adalah untuk membayar ganti rugi pampasan, sekaligus mengakibatkan Sarawak FA gagal mendapatkan pemain yang betul-betul bagus atau Gred A.

Posa dalam pada itu megakui bahawa beliau akan mula mengatur langkah memperbaiki pasukan Sarawak FA pada musim hadapan selepas semua baki ‘tunggakan janji’ yang ditinggalkan pengurusan lama FAS selesai. – SarawakCrocs.com

66 COMMENTS

  1. Mun terbukti bagus,knak xmok ikat lama-lama? Ya sgek hal juak. Xkan stp season main pake set player yg baru. Mok ambik masa lagi utk serasi. Aduhai 🤦🏼‍♂️

    Unless yg diambik pake ganti ya nang bagus pun player, x kira local or import.

  2. Pemain local Sarawakians sik hal mun nk di brik kontrak 3-4 tahun…local import patut brik setahun jk kontrak mun prestasi bagus blh sambung gik setahun…

  3. Kenyataan bdoh cmtok nyuoh player panik. Tup2 player dh bgus main, dga nk cmtok, alu la mula cdak survey2 team lain yg bmnat dgn daknya. Agk2 la nk keluarkn statement. Memkhinzir buta jk mdh statement cmtok. Mn stiap season hampir spruh atau lbih player bru jak2, nang skit palak coach nk terapkn keserasian jk2. Mkrg tok meli tket tulen2 k mayar gaji jk. Jgn xpect quantity jk, kualiti mok jg jwk. Mn asyik kalah, kantong FAS jwk ringan xda org dtg stdium.

  4. Idea bgus ni.. Simpan tlalu lama tu la punca main lebih kurang je.. Benda ni dh tbukti dh spt ronny, dzulazlan, ramesh, hairol n sharul saperi tpi lgsung x mbawa impak kpd pasukn

  5. hmm..mcm ne dgn cara jual-beli?kbnykkn nok kluar dr Srwk,smua terus ngoleh team…harga jualan cun dgn kontrk ya boleh menyelesaikn sikit issue duit,tp mun dh dpt duit pembelian membuta tuli,dana tembus,abis cita

  6. Kontrak biar lamak.. mun org maok ambik slbm abis kontrak byr lah.. tebus kontrak.. “meniaga manusia lebih kaya dari meniaga unta…” bolasepak profesional adalah perniagaan..

    Mun tiap2 taun tukar pemain.. nya gia jak.. kata ku ajak…

  7. Statement memeninkan palak….nak ikat lamak kah..pendek kah..yg pasti agreament ktk org yg sediakan…tentulah ktk org akan nengkah syarat2 dlm kontrak tersebut utk mengelakkan ktk org ngeluar duit utk byr pampasan….

  8. Klau ada pemain yg berkualiti terus kekalkan jangan suka hati buang ambil baruh.jika fas masih kekalkan pemain yg bawah srawak masuk balik liga super dulu sya tak ingat tahun berapa dah .sya percaya srawak pasti standing ngan feldah united. jdt .kedah dan pahang .sya msih ingat srawak layak separuh akhir tm piala mlaysia lawan pahang kalah secara argeget 2-4 kepda pahang .jika masih kekal dan sedikit gugurkan pemain yg tdak ok lgi pasti srawak jadi sebuah pasukan kuasa besar bola sepak malaysia.masalah srawak sya agak skrang mmang suka hati buang dan ambil import yg murah dan pentingkan diri sendiri.ayoo srawak kmi syang padamu kmi rindu akan kejayaan mu dan rekod tmpah kalah stadium negeri era 1997

  9. cba kmk kaya raya banyak duit mmg kmk beli team tok. hahahaha kmk nk molah ny hebat2. tok pn salah satu business juak hihi Ameera Suraya betol x puan?

  10. Adakah player nak main dgn sarawak. Mun management sik bagus sik sidak mauk main. Dahlah gaji kecik. Buat masa pendek tok bubarkan ajak senior team. Concentrate dgn bawah 14, 16, 20 sahaja.

  11. mana2 jak sia….kenak x merik contack harian jak hahah boleh cipta sejarah … klak taun dpan molah kesilapan yg sama ….import pun main tangkap muat jak …lokal gik la main mcm biak skolah …

  12. Kontrak 6 bulan lagi ideal..jika prestasi merudum…disingkir so selamat dari dibayar Pampasan…jika prestasi cemerlang spjg kontrak 6 bulan…dilanjut lgi 6 bulan dgn kenaikan gaji….

  13. Kesian Sahil kalau dia kena reject juga selepas ini “rugi besarlah” dia tinggalkan kerjayanya di Burnley hanya semata main kt Sarawak FA…

  14. Minta fas gumpulkan player Sarawak lama marek,Jeff c,David,n john Hunter dari import,n local import mazlan,assuring,n local Ali sapiee,Ramos,rames,Bobby pian,dahlan matusain,zaidel sakup suruh dak player ada skills tok memberi nasihat dgn dak player2 masa tok,sidak player2 masatok pikiran daknya mun mng,mng mun kalah,kalah,minta Alan vest n awang Mayan caramah kan player2 kinektok mcmana nak mng match tok,dulu2 home game Sarawak mmg pasti mng ,ney dak stadium penuh,kreta parking sampai ke,bulanan sesco ya,masa kesian nagar sik ada org dtg ke,stadium.

  15. Kontrak yg singkat sik bermakna abis kontrak alu abis..maksudnya mun masih diperlukan sambung balit.yg sik bagus blh out.so sik perlu tggu sampei btahun walaupun sik bagus.sik perlu nak byr pampasan yg besar nak keluarkan dan ambik player baru

Comments are closed.