FAS ditegur, Setiausaha Agung letak jawatan, jawatan tertinggi disusun semula

Setiausa Agung Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Razali Dolhan, telah meletak jawatan serta merta selepas FAS ditegur oleh Pesuruhjaya Sukan Negeri Sarawak, Ronnie Boni Face Nugi .

Mengikut kenyataan rasmi FAS, teguran tersebut telah dibuat kerana exco tidak dibenarkan memegang lebih daripada satu jawatan tertinggi di dalam mana-mana persatuan sukan di Sarawak.

Razali dalam pada itu telah memegang jawatan tiga jawatan di dalam FAS – Setiausaha Agung FAS, dan Naib Presiden FAS dan sebelum ini, bekas Setiausaha Agung FAS, Abdullah Julaihi, juga ada menyebut bahawa beliau turut memegang jawatan Bendahari FAS.

Dengan pengunduran Razali dari jawatan Setiausaha, FAS telah juga mengumumkan penstrukturan semula persatuan dengan melantik bekas pemain Sarawak Jeffy Lana yang juga kini memegang jawatan Setiausaha Eksekutif menjadi pemangku jawatan Setiausaha Agung. Jeffry akan kekal di jawatan tersebut sehingga pengganti baharu dilantik.

Turut menerima jawatan baharu adalah Pengarah Komersial FAS Encik Abang Abdul Rahman Abang Naib, yang kini juga akan menjadi Bendahari FAS dan dibantu Jeffry Lana.

FAS turut mengumumkan Tuan Haji Abang Wahab Rahim  sebagai Pengurus Pasukan Sarawak FA bagi musim 2018.

Dalam perkembangan sama, Razali masih kekal sebagai Naib Presiden FAS.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top