Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dijangka akan mempunyai presiden baru Sabtu ini selepas Mesyuarat Agung Khas di kalangan ahli lembaga dan exco persatuan tersebut.
Adalah difahamkan bahawa agenda terpenting bagi mesyuarat tersebut adalah untuk melantik Presiden bagi persatuan tersebut secara formal.
FAS sebelum ini, gagal melantik presiden baharu susulan calon-calon presiden yang dipilih, menolak jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Wahab Rahim telah memangku jawatan presiden sehingga kini, dengan Datuk Hajjah Hanifah dilantik sebagai Penasihat FAS.
Adalah dijangkakan bahawa Datuk Hajjah Hanifah akan dilantik sebagai Presiden FAS dalam mesyuarat Sabtu ini.