Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini mengarahkan Persatuan Bolasepak Sarawak membayar pampasan gaji kepada dua orang bekas pemain Sarawak musim lepas.
Keputusan mesyuarat tersebut menyaksikan FAS diarahkan untuk membayar RM60,000 kepada bekas pemain Sarawak, K. Thanaraj atas penamatan kontrak sebelah pihak.
Selain itu, FAS turut diarahkan untuk membayar RM58,000 kepada bekas penjaga gol Sarawak, Mohd Iqbal bin Mohd Suhaimi atas penamatan kontrak sebelah pihak.
Pihak FAS perlu menyelesaikan hutang tersebut dalam masa 30 hari atau bakal berdepan tindakan yang lebih berat oleh FAM.
Pemain-pemain tersebut dilepaskan pada penghujung musim 2016 untuk mencapai sasaran mendekati 100% pemain asal Sarawak untuk menghadapi kancah Liga Super 2017 di bawah pengurusan baharu FAS.
Namun begitu, dasar tersebut tidak mampu untuk menyelamatkan pasukan Sarawak apabila pasukan. yang dibimbing oleh David Usop pada ketika itu terus terumbang ambing, fan akhirnya tersingkir ke Liga Premier pada musim hadapan.