Persatuan Bolasepak Sarawak di dalam satu kenyataan telah mengumumkan pembubaran penuh pasukan Sarawak FA untuk musim ini.
Menurut kenyataan presidennya posa majais, langkah tersebut adalah muktamad.
Di dalam kenyataan sama, posa juga mengumumkan bahawa semua pemain dan barisan kejurulatihan Sarawak FA pada musim baharu adalah di kalangan orang baharu.
Kenyataan penuh posa dapat dilihat dibawah.
Sarawak FA pada musim ini hampir tersingkir ke Liga FAM, dan tersingkir awal dari Piala FA dan Piala Malaysia.
Di dalam Challenge Cup, pasukan Sarawak FA juga gagal mencabar dan telah tersingkir di peringkat kumpulan.