Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan mengadakan satu majlis ringkas untuk memperkenalkan pemain import terbarunya, Ryan Griffith di Stadium Negeri, pada jam 4 petang ini.
Menurut sumber, Ryan bakal diberikan jersi bernombor 29, dan upacara tersebut bakal diadakan sebelum latihan harian dimulakan.
Ryan sebelum ini dikhabarkan telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad Bujang Senang selepas hanya beraksi untuk empat perlawanan di Adelaide United di Australia.
Majlis pengenalan Ryan kepada umum dianggap istimewa kerana rekod menunjukkan bahawa FAS belum pernah melakukan majlis seumpamanya untuk mana-mana pemain individu sebelum ini.
Ryan dijangka akan boleh bermain untuk skuad Bujang Senang pada 25 Mac ini, dengan aksi sulungnya dikhabarkan akan berlaku di Stadium Negeri apabila Sarawak bertemu Selangor untuk perlawanan Liga Super.
PROMOSI: Dapatkan mafla Sarawak Crocs yang original di www.eheartcharms.com.